kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di
premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan
para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati
melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi
kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi
garis panduan yang ditetapkan.
Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan
bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah
untuk men yam paikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda
semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005,
seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di
Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup
aurat.
Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh
pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari
insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata
peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah
Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan
membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi
perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di
neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita
campakkan diri ke dalam neraka..."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak
"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak
boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"
Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat
ustaz tu.. dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak
akidah dia.
Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan
tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya
sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa a yam .. hidup senang,
lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni
pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya
bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi
kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu?
Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun
jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan
syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi
orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi
diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa
orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan
mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde
siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam
ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz
"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.."
rungut si gadis
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam
Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana
kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha
Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang
derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa
awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad
kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk
berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya,
sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati
segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak"
p/s: dipetik dari Tmn2Syurga yahoogroups
No comments:
Post a Comment